Thursday, May 28, 2009

3 minggu je lagi....

Good Morning semua..


Sejak akhir-akhir nie aku semakin rajin dtg awal ke tempat kerja.. pukul 5.30 aku dah bangun, mandi, solat n bersiap2 ke tempat kerja.. hm.. mungkin sebab dah terbiasa bangun awal pagi..

MAS yang akan ku naiki nanti


kurang 3 minggu lagi aku akan memulakan pengembaraan aku ke Sana'a dan Dubai.. hm.. mcm mana la agaknya suasana kan sana kan.. maklum la kali ini aku akan kembara ke negara arab pula.. seingat aku kali terakhir aku menjejakkan kaki ke negara arab ialah tahun 2005.. tahun di mana aku dijemput menjadi tetamu Allah swt di Madinah dan Mekah.. dan itu lah kali pertama aku melihat kaabah dan menjejakkan kaki ke makam Rasullullah saw.. Alhamdulillah aku pernah menjejakkan kaki ke sana dan masih terbayang-bayang lagi suasana dan kedamaian di sana.. aku bertawaf di kaabah, membuat pusingan di safa dan marwah, bersolat di masjid nabi, berdoa di jabal rahmah dan minum air zam-zam.. terima kasih kepada mak dan abah kerana membawa kami 4orang ke sana.. semoga berkat mak dan abah membawa kami ke sana, Allah limpahi kesejahteraah buat mak dan abah.. mudah-mudahan..




Satu lagi yg buat aku terkenang peristiwa di tahun 2005 ialah pada tahun itu aku baru sahaja tamat diploma dan passport aku juga dibuat pada tahun 2005.. hm.. sudah hampir 5 tahun ia berlalu dan ini bermakna passport aku juga perlu ditukar.. inilah yg membuatkan aku terkenang semula peristiwa ini.. apatah lagi teringat peristiwa aku menaiki unta.. kelakar pula bila teringat aku hampir terjatuh dari badan unta tue.. hehe..




Unta yg pernah aku tunggang..


Berbalik kepada kembara ke Sana'a dan Dubai ini, aku harap segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan aku di sana.. kata org kain kat sana cantik2.. barang2 kat sana pun boleh tahan.. yela.. sekurang-kurangnya sesuatu yg lain drp yg ada di Malaysia yg blh dijadikan kenangan.. tapi aku akan berhati-hati dan pastikan aku tidak membeli coklat buatan Pulau Pinang di sana.. hehe..


Burj Al Arab




Bandar Sana'a, Yemen

ok la.. apa-apa pun, kita tunggu sahaja lah 18hb dan menyaksikan sendiri pengalaman di sana nanti.. blog ini akan diupdate setiap hati sepanjang pengembaraan di sana nanti.. jadi tungguuu..

2 comments:

  1. cik PTD,
    Pergi bekerja.. mengembara mendanya.. kembara malam ajela.. itupun kalau setel sumer keje.
    p/s: Teringat 4 bulan kat Jepun attend kursus, sake ular aje aku tak minum. huhu~

    ReplyDelete
  2. takpe la Shima.. sekurang-kurangnya dpt juga menikmati udara luar.. tahun dpn insyaallah ke Jepun juga..

    ReplyDelete