Tuesday, July 14, 2009

Jauh perjalanan luas pengalaman..

Benarlah kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman.. Ya! aku setuju sekali dengan pernyataan ini.. buktinya, semasa kembara aku ke Yemen 2 minggu lalu, macam2 pengalaman yg aku lalui.. sebagai contoh, cara hidup dan perubahan cuaca.. yela, kalau di Malaysia, apa sahaja yg aku teringin, semua boleh dibeli.. KFC, Mc D, Nandos, Secret Recipe, Big Apple dan mcm2 lagi.. tapi berbeza di Yemen, tengah2 traffic jammed pun kita boleh tengok ada kanak-kanak yg merayu meminta sedekah.. sedih aku bila pandang kanak-kanak mcm nie.. sampai hari ini pun aku masih teringat.. tapi yg buat aku kagum dengan masyarakat di sana ialah masalah kecurian tue sangat kecil jumlahnya.. menurut rakan aku di Yemen, kereta yg dibiarkan tak berkunci belum pernah hilang dicuri.. dan kalau kita berjalan pegang duit pun belum lagi kes rompakan berlaku..
Tapi yg bestnya, sepanjang perjalanan aku di sana, pasti pegawai polis dia akan escort dari belakang.. siap dgn siren lagi.. rasa mcm org penting pula.. hehe.. tapi baju polis dia mcm baju PLKN la.. rasa mcm budak PLKN je yg escort aku tue.. kelakar.. ok la.. apa2 pun lihatlah gambar2 yg sempat aku rakam..
Bandar Sana'a, Yemen




** Inilah bandar Sana'a.. Haa.. kalau nak tengok cara hidup sebenar masyarakat Islam ada di Yemen.. Rumah-rumah di sini masih lagi mengekalkan seni bina lama.. tengok la batu bata dan padang pasir ini.. gambar nie dirakamkan dari bilik penginapan aku..


Bab Al Yemen


Antara makanan kegemaran yg disukai masyarakat Yemen.. rasa dia pahit sedikit.. tapi rahsianya boleh mengurangkan kandungan gula dalam badan (katanya la.. aku pun tak pasti)

unta pun ada..

pasar yg menjual kurma..

Balai seni.. tempat menjual lukisan n batu2 permata


Lukisan atas canvas yg aku sempat curi2 ambil gambar masa kat balai lukis..


khazanah tingkap zaman lama..


UNESCO heritage city.. Seni bina bangunan nie diiktiraf oleh UNESCO.. cantik sangat..



Masjid President


masjid president di kala malam..



Coffee Trader



posing kejap kat Coffee Trader nih.. (bos aku yg tolong ambil gmbr nie.. haha)

Wednesday, June 24, 2009

Jalan-jalan cari makan..

Sudah masuk hari kelima aku tiba di bumi Yemen ini. Dan sehingga hari ini belum pun sempat untuk aku update blog ini.. haa.. jadi dikesempatan yg ada ini dapat la aku update blog aku ini...
Sepanjang 5 hari nie bolehlah dikatakan makanan di sini semua sedap2 belaka.. mana taknya, duduk kat sini asyik mkn je kerja aku. Dan semua org pun tau aku kalau pasal makan mmg tak pernah tolak punyer.. hehe.. dari mula aku sampai ke sini hinggalah ke hari ini puas juga lah aku mkn.. dah macam2 jenis roti aku mkn.. mcm2 jenis salad aku telan.. nak2 pula semua ditanggung beres kan.. tengok la gambar2 kat bawah nie yg sempat aku rakam..


makanan pertama aku nikmati semasa dalam flight ke Dubai.


sebenarnya aku order ayam.. tp ada rupa ayam tak? hai konfius aku..



buah-buahan..



haa.. nie bukan roti canai tau.. tapi pak arab nie dah ready nak tebar roti arab nie atas meja makan kami..


mai ai.. makan ke apa nie..


haa.. yg nie paling aku suka.. dessert org arab.. pisang cicah madu.. fuh! sedap tak terkata..



teh herba.. ada rasa pudina sikit..


breakfast at movenpick Hotel, Sana'a..


makan lagi..


Tabouleh.. teringat mkn kat al rawsha


nasi tomato + kambing junior.. dijamin kurang kolesterol punyer..



makan buah kaktus di babul Yemen

haa.. jgn main2.. teh tarik pun ada tau..


last sekali pekena starbucks la pulak.. nasib baik aku tak lentoq kt kedai tue.. huhu



so, start balik nanti nampak gaya aku akan berpuasa sebulan la nmpk gayanya.. huhu

Thursday, June 18, 2009

Ahlan wa Sahlan

Hari ini setelah ditunggu-tunggu, aku akan melangkah ke Dubai dan Yemen.. antara cemas, gabra dan seronok bercampur-campur.. apa pun kata pujangga, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. jadi kepada semua blogger2 anisma, nantikan pelbagai kisah pengembaraan yg menarik sepanjang kembara ini berlangsung.. blog ini juga akan kembali aktif menyalurkan pelbagai berita terkini di sana..

kepada blogger2 yg telah membelikan cik ptd kek besday hari tue, terima kasih banyak2 diucapkan.. dah bertahun-tahun rasanya tak sambut besday potong2 kek nie.. Err anak saudara yg 5org tue tak nak bg mak ndak hadiah besday ker.. tak dpt jam benten, kek benten pun jadi lah.. huhu

Sunday, June 14, 2009

Ya Habibi.. Ya Maulana..

kurang empat hari lagi aku akan melangkah semula ke balai berlepas antarabangsa.. kali terakhir dulu pada bulan November tahun lepas.. selepas beberapa bulan aku akan kembali ke balai berlepas itu semula..
ha.. sebenarnya yg paling aku suka bila masuk balai berlepas tue ialah dapat naik train ke international airport yg kat dalam tue.. aku rasa kagum dan takjub melihat kemajuan yg aku nikmati di negara aku sendiri.. dari segi pemeriksaan imegresen pun Malaysia lah yg paling efisien sekali.. so bila tgh jalan2 tue, ternampak warganegara asing yg dtg ke Malaysia, aku rasa sombong sikit dgn diorang.. tak tau kenapa.. mgkin sebab pengalaman di lapangan terbang negara-negara lain buat aku rasa sakit hati dan geram..
Apa pun, pengalaman ke negara org nie membawa aku seribu satu pengalaman.. aku suka berjalan dan mengembara.. aku juga mempunyai impian dan cita-cita.. aku harap sampai suatu masa dan ketikanya nanti, aku akan dapat menjejakkan kaki ke seluruh pelusuk negara di dunia.. bab kata seorang teman, "saya nie dah menjejakkan kaki hampir 2/3 dunia.." wah.. kagum aku dgr cerita dia.. aku harap suatu masa nanti, apabila aku mencapai kedudukan yg tertinggi nanti, aku juga berupaya untuk menjejakkan kaki aku ke seluruh dunia..

Friday, May 29, 2009

Hello Bruno..

Pagi ini aku dikejutkan dengan e-mail drp Bruno Rodriguez yg bertanyakan khabar aku disini.. hampir aku terlupa kenangan aku bersama Bruno semasa di Peru.. Seperti Ursula, Bruno juga merupakan sahabat aku semasa di Peru tahun lalu.. mereka berdua lah yg byk membantu aku semasa urusan komunikasi di sana..
Teringat Bruno lah yg membawa aku dan Pa'e ke tempat mesyuarat.. Museum de Nacion adalah antara destinasi wajib kami.. tempat di mana Pa'e dan aku bergaduh dgn mamat n minah Latin tue semata-mata utk mengambil pas utk delegasi kami.. kelakar bila teringat.. dgn menaiki van tue juga la Bruno membawa kami pusing-pusing bandar Lima.. Dia jugalah org yg menerangkan kpd kami ttg cerita2 di sebalik bandar Lima tue..
Bruno Rodriguez nie sebenarnya seorang pelajar di sebuah universiti di Lima.. orgnya sgt segak dan tampan.. berbeza sedikit dari Ursula, Bruno nie adalah sukarelawan bagi persidangan APEC tue.. jadi mereka berdua lah yg byk membantu kami bagi urusan2 semasa APEC yg lalu.. Tahun ini, kata Bruno dia akan ke Singapore.. Jadi aku pun mengajak dia untuk dtg ke Malaysia juga.. Sekurang-kurangnya dpt juga dia melihat tempat aku di Malaysia nie.. Ursula pula, dia bekerja di Kedutaan Malaysia di Lima.. tahun ini dia juga mahu ke Malaysia utk menyambung pelajaran.. Seandainya mereka berdua dtg ke Malaysia, aku mahu memperkenalkan makanan2 di Malaysia yg sgt enak.. sate, ayam percik, lemang, dll..
Apa pun, biar jauh jarak kita disini, rangkaian global pasti dpt menghubungkan persahabatan kami.. mungkin suatu hari, apabila aku kesana semula, sekuarang-kurangnya ada rakan yg dpt memandu arah aku.. chow..

Thursday, May 28, 2009

3 minggu je lagi....

Good Morning semua..


Sejak akhir-akhir nie aku semakin rajin dtg awal ke tempat kerja.. pukul 5.30 aku dah bangun, mandi, solat n bersiap2 ke tempat kerja.. hm.. mungkin sebab dah terbiasa bangun awal pagi..

MAS yang akan ku naiki nanti


kurang 3 minggu lagi aku akan memulakan pengembaraan aku ke Sana'a dan Dubai.. hm.. mcm mana la agaknya suasana kan sana kan.. maklum la kali ini aku akan kembara ke negara arab pula.. seingat aku kali terakhir aku menjejakkan kaki ke negara arab ialah tahun 2005.. tahun di mana aku dijemput menjadi tetamu Allah swt di Madinah dan Mekah.. dan itu lah kali pertama aku melihat kaabah dan menjejakkan kaki ke makam Rasullullah saw.. Alhamdulillah aku pernah menjejakkan kaki ke sana dan masih terbayang-bayang lagi suasana dan kedamaian di sana.. aku bertawaf di kaabah, membuat pusingan di safa dan marwah, bersolat di masjid nabi, berdoa di jabal rahmah dan minum air zam-zam.. terima kasih kepada mak dan abah kerana membawa kami 4orang ke sana.. semoga berkat mak dan abah membawa kami ke sana, Allah limpahi kesejahteraah buat mak dan abah.. mudah-mudahan..




Satu lagi yg buat aku terkenang peristiwa di tahun 2005 ialah pada tahun itu aku baru sahaja tamat diploma dan passport aku juga dibuat pada tahun 2005.. hm.. sudah hampir 5 tahun ia berlalu dan ini bermakna passport aku juga perlu ditukar.. inilah yg membuatkan aku terkenang semula peristiwa ini.. apatah lagi teringat peristiwa aku menaiki unta.. kelakar pula bila teringat aku hampir terjatuh dari badan unta tue.. hehe..




Unta yg pernah aku tunggang..


Berbalik kepada kembara ke Sana'a dan Dubai ini, aku harap segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan aku di sana.. kata org kain kat sana cantik2.. barang2 kat sana pun boleh tahan.. yela.. sekurang-kurangnya sesuatu yg lain drp yg ada di Malaysia yg blh dijadikan kenangan.. tapi aku akan berhati-hati dan pastikan aku tidak membeli coklat buatan Pulau Pinang di sana.. hehe..


Burj Al Arab




Bandar Sana'a, Yemen

ok la.. apa-apa pun, kita tunggu sahaja lah 18hb dan menyaksikan sendiri pengalaman di sana nanti.. blog ini akan diupdate setiap hati sepanjang pengembaraan di sana nanti.. jadi tungguuu..

Monday, May 18, 2009

Kembara Bermula..

Sudah sekian lama cik ptd transit di perhentian ini.. kurang sebulan lagi cik ptd akan kembali meneruskan kembara ini.. haa.. kali ini akan ke Yemen pula.. so skrg nie cik ptd dah mula google mengenai yemen nie.. kota yg bakal menjadi tempat persinggahan nanti dah tentulah bandaraya Sana'a.. hm.. harap2 segalanya berjalan lancar.. terutamanya air vanilla yogurt yg kat dlm MAS tue.. slurrppp...
Hm.. kali ini cik ptd akan membawa sedikit cenderahati dari Malaysia.. bukan apa.. sebagai kenangan dari Malaysia untuk orang-orang di Sana'a nanti.. bukan apa, kurang-kurang kenalan yg akan dijumpai nanti dpt la cik ptd berikan cenderahati tue.. teringat pula ursula mariluz dulu tak sempat cik ptd nak beri hadiah.. tudung yg diminta pun sudah berbulan-bulan cik ptd tak kirim utk dia.. huhu..
Apa-apa pun, persediaan kali ini diharapkan akan menjadi lebih lancar dari kembara cik ptd yg sebelum ini.. dan semoga cik ptd juga dapat menikmati makanan yg enak2 selepas ini.. nyam-nyam..
okla.. waktu ini.. hari ini.. di bulan depan cik ptd telah pun berada di Sana'a.. hihi.. dengar citer jubah2 kat sana cantik2.. hm.. kena buat list nie.. jalan balik boleh singgah di Dubai pula.. huhu.. lepas nie cik ptd kena blajar bahasa arab pula.. yela.. org kata keturunan Al-Jeffri nie berasal dari Yemen.. harap2 berkat brother and sister ni dapat la membeli belah jubah2 dgn harga murah..
Ya Habibi.. Ya Maulana..

Tuesday, April 28, 2009

aduh.. buah nangka jatuh..

Hai Semua..
Hari ini macam biasa aku akan ke Kafe utk sarapan bersama rakan.. tengah elok-elok aku bersembang tiba-tiba aku terkejut mendengar bunyi buah nangka jatuh.. bila aku menoleh haa.. nangka besar rupanya.. hehe.. aku nak menangis pun ada tgk nangka tue jatuh nangka.. bukan nangis sebab sedih.. tapi nangis sebab aku terpaksa menahan ketawa dan masa yg sama kesian.. hehe.. nak terburai juga isi perut nie waktu tue.. hai mcm mana lah blh cuai jatuh tangga tu makcik oii..
Teringat aku pada suatu peristiwa masa aku masih study di Segamat. Masa tue aku duk kolej Mutiara. Kolej aku nie pula mmg bersebelah je dgn kelas.. kalau aku lompat tingkap kolej pun dah boleh masuk tingkap kelas tue.. punyalah dekat kelas aku tue ngan kolej.. so, mcm biasa bila kelas kul 8 tue, 7.50 masing-masing berarak beramai-ramai ke kelas. Nak jadi kes, ada la sorang kwn aku nih mmg suka benar bersembang.. sampaikan tgh2 jalan pun nak sembang. Dia stok sembang nie bukan takat berckp je.. klu blh ngan tangan kaki pun dia gerak sekali.. ada skali tue sedang asyik dia bersembang, dia toleh belakang nak pastikan yg kitorang mmg mendengar cerita dia.. tapi tgh2 dia syok berckp ntah mcm mana kaki salah pijak tangga.. ambik ko.. tergelungsur 10 anak tangga.. aku yg terkejut masa tue mmg tak blh ckp la.. aku terpaksa pandang tmpat lain.. perut aku mmg sakit sgt waktu tue.. antara nak gelak ngan kesian.. aku rasa mcm nak pecah je esofagus aku nih.. hehe.. tapi yg bagusnya aku nih, aku tak terfikir pun nak tolong dia.. aku rasa nak gelak je time tue.. mmg kelakar la.. apa punya kwn la aku nih.. hehe..
Ada kakak aku nie pula pernah jatuh tangga juga.. tapi aku tak ingat pasal apa.. tapi aku ada ckp tau masa tue, " kalau tak betul, jatuh tangga".. sekali duduk tak duduk dia jatuh tangga.. tapi sebab apa dia jatuh aku tak ingat la.. hai..
Ada sekali tue aku ngan adik-adik aku dulu suka main gelongsor kat tangga.. kitorang akan letak tilam dan gelongsor atas tue.. rasa seronok pula gelongsor 10 anak tangga.. hehe.. sampai la kena jerit ngan mak baru masing-masing berenti main tilam gelongsor tue.. hehe.. tapi paling best masa kat umah kem terendak.. ada 20 anak tangga.. dari atas kami gelongsor sampai bawah.. hehe..
Masa kat sekolah selayang pun kelakar juga.. nak jadi cerita dpn sekolah tue ada la orang tengah buat jalan.. so, banyak la lopak-lopak jalan kat situ.. salah satunya ialah longkang besar.. longkang tu pula agaknya jkr lupa nak pasang besi pengadang.. pastu ada la sorang budak nie sibuk dok sembang2 dpn aku.. aku rasa budak nie mcm menghalang aku nak jalan je.. rasa geram pula dengan budak ni.. tak dan berapa minit aku nampak budak nie dengan automatiknya turun bawah tanah.. rupa-rupanya budak nie dah jatuh sambil berdiri.. akibat tersalah landing, maka gigi dia tersangkut pada tembok simen tue.. yg aku ingat habis gigi depan semua patah.. ngilu aku tengok.. tapi mcm biasa aku tengok je.. aku pun tak terfikir nak tolong budak tue keluar dari longkang besar tue.. aku cuma ketawa kecil.. hehe.. sekali fikir kesian pula kat dia.. tapi nasib baik aku tak potong budak tue sebelum tue.. kalau tak, yg duduk dlm longkang tue mungkin aku kot.. ish.. nasib baik.. ada hikmah tue..
Tapi aku masih tak dapat lupa peristiwa tadi la.. hehe..

Saturday, April 25, 2009

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa..

Baru-baru ini aku menghadiri sesi ceramah mengenai kesedaran terhadap "Breast Cancer". Secara jujurnya aku tidak pernah langusung mengambil berat hal ehwal penyakit nie.. tidak kira la sama ada penyakit yg biasa-biasa hinggalah penyakit yg kronik.. malah aku kalau demam sekali pun jarang aku mahu ke klinik. Pernah juga sehingga 2 minggu aku batuk-batuk langsung aku tidak ke klinik.
Tapi baru-baru nie, setelah mendengar ceramah kanser nie aku jadi seram dan takut.. menurut Dr Fadzil, seorang pakar dari IIUM mengatakan bahawa kebanyakan pesakit akan dtg membuat pemeriksaan apabila mencapai peringkat ke 3.. Ini bermakna peluang ke peringkat 4 itu sgt cerah.. rata-rata wanita mempunyai perasaan takut.. takut membuat pemeriksaan dan takut untuk menerima hakikat..
Aku merasa kagum kpd mereka yg terpaksa berjuang utk melawan penyakit-penyakit ini. Bagi aku ini sebuah pengorbanan dalam sebuah kehidupan. Tentu ada hikmahnya kenapa Allah memilih mereka untuk ujian yg sebegini.. Semoga mereka ini terus tabah..
Dulu aku pernah mempunyai rakan yg menderita sakit leukemia.. kalau tak silap masa tue aku darjah 5.. setiap hari aku akan nampak rambut dia gugur.. usia 11 tahun aku tak tahu pun apa itu leukemia.. aku cuma mengangguk bila org bercerita.. akhirnya bila aku naik darjah 6 dia tak kelihatan lagi.. dan khabar yg aku terima dia sudah tiada lagi.. Al-fatihah utk Wahid.. semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.. amin..
Di Malaysia, nisbah pesakit Breast Canser adalah 1:9 berbanding 1:12 di US.. Ini bermakna setiap 9 orang wanita, 1 daripadanya adalah pengidap kanser.. Gaya hidup, pemakanan, keadaan persekitaran memainkan peranan dalam menggalakkan penyakit ini.. hm.. cuba kita kaji balik aktiviti-aktiviti seharian kita.. adakah kita mengamalkan gaya hidup yg sihat?
Apa-apa pun, hari ini aku dah mkn 3 kali nasi.. aduhai..

Monday, April 20, 2009

Bersolek??

Hari Sabtu yg lalu aku bersama rakanku, fizah telah menyertai kursus solekan dan andaman di Cheras. Sebenarnya aku bukanlah seorang yg pandai bersolek apatah lagi nak menjadi juru andam. Terus terang, hal-hal menyolek ni aku ala kadar je.. aku cuma tahu membeli alat-alat solek je.. tue pun kadang-kadang tak kena langsung dgn muka aku.. hehe
Teringat masa zaman student dulu aku selalu menguruskan bengkel dan seminar di UiTM.. Dan salah satu bengkel yg aku uruskan ialah bengkel penampilan diri.. Penceramahnya seorang lecturer lelaki dari Shah Alam.. Lupa pula apa nama dia.. tapi masa mula dia dtg, mak aii 1 botol perfume aku rasa dia tonggang.. wangi giler.. dan salah satu yg buat aku teringat kata-kata dia ialah "Biarlah lipstik cap ayam sekalipun yg penting tolong la pakai lipstik" tergelak aku bila teringat balik kata-kata dia tue.. Tapi nasib baik la aku tak seteruk mcm tue.. kurang-kurang aku pakai maybelline.. hehe.. Di pejabat pula kadang-kadang aku agak malas nak bersolek.. maklumlah takde meeting, jadi aku pun ala kadar je la.. sampaikan ada staf yg tegur "Cik hari ini tak make-up ke?" aku jadi malu pula.. dalam hati aku kata teruk sgt ke muka aku nie bila tak make-up? tapi bila aku tgk balik dlm cermin, haah la.. Ada juga sekali sekala dlm meeting jabatan, big bos aku menyaran supaya semua pegawai ni berpenampilan.. hai.. nmpknya org di sekeliling nie sentiasa memerhati penampilan kita..
Berbalik kepada bengkel solekan yg aku sertai sabtu lalu, aku rasa ini mgkin pilihan yg tepat sebab aku belajar bagaimana utk bersolek dgn sempurna.. sebenarnya aku dan fizah nie saja-saja je dtg bengkel nie.. tapi lepas bersembang-sembang dgn beberapa peserta lain, aku jadi excited pula.. nak2 hasil solekan pertama aku kpd fizah telah dgn jayanya menjadikan dia cantik.. Hebat juga tangan aku nie.. hehe.. hm.. best juga kalau aku jadikan solekan nie sbg side income.. ada juga aktiviti aku di hujung minggu.. nie asyik makan n tido jer..
Jadi lepas nie kalau ada siapa-siapa yg perlukan perkhidmatan andaman boleh la menghubungi aku pula.. kalau pakai tudung dubai je tapi muka berkilat pun payah juga.. hehe..

Friday, April 17, 2009

Buona sera..

Buona sera (bwoh-nah seh-rah).. Come sta? (koh-meh stah)..

Haa.. mesti korang semua pelik dan tertanya-tanya apa yg aku tulis kat atas nie kan.. sebenarnya ini merupakan antara perbualan harian dalam Bahasa Italy.. "Buona sera" bermaksud Selamat Petang dan "Come sta" pula bermaksud apa khabar..
Sebenarnya bukanlah aku saja-saja menulis perkataan nie.. Tapi, skrg nie aku sedang mempelajari Bahasa Itali sebagai bahasa ketiga.. Keinginan untuk mempelajari bahasa ketiga ini timbul semasa lawatan aku ke Peru tahun lepas, di mana rata-rata mereka hanya tahu berbahasa spanish, france, dan italy.. Ini menyebabkan aku mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka. Jadi, terpaksalah aku menggunakan khidmat Ursula Mariluz sebagai penterjemah tidak rasmi aku. . Muco Gracias Ursula..
Sebenarnya aku ada menyimpan keinginan utk melancong ke Italy.. Aku teringin sangat untuk ke rome dan venice.. menaiki gondola.. melihat bangunan-bangunan lama.. colosseum.. aku suka melihat senibina lama.. walaupun aku tak suka belajar sejarah tetapi aku sgt menghargai tinggalan-tinggalan sejarah.. aku mahu melihat bangunan-bangunan lama tinggalan sejarah dan sumbangannya terhadap kemajuan peradaban tamadun. Mungkin ramai yg lebih memilih utk ke London, US dan Paris. Tapi jika diberi pilihan, aku mahu ke Italy.. aku ingin melihat sendiri tinggalan sejarah yg sgt memberi kesan kpd kemajuan hari ini.. Teori kita mungkin boleh membaca dari buku dan internet.. tapi praktikalnya hanya yg melihat dapat merasainya.. Kalaulah aku berpeluang untuk posting ke sana, perkara pertama yg akan aku buat ialah mengunjungi tempat-tempat ini..
Baru-baru ini aku ke MPH untuk mencari buku.. sudah menjadi kelaziman, aku memang suka membeli buku (walaupun kdg2 tak sempat baca pun.. hehe).. Paling tidak pun aku akan membeli buku motivasi.. Dan sedang elok aku membelek buku tue, aku ternampak buku Italiano Language.. hm.. mmg sedang elok la tue.. lama aku mencari sesuatu ttg italy.. dan sekarang aku sedang memulakan "Kembara" aku mempelajari bahasa Italy.. harap-harap dalam 30 hari nie aku akan berjayalah dengan bahasa ketiga aku nie..

Wednesday, April 15, 2009

1 tahun yg lalu...

Hai semua..

hm.. rasanya sudah lebih 1 minggu aku tidak mengemaskinikan blog Kembara Duniaku ini.. Ramai yg bertanya ke mana aku menghilang.. Ha.. sebenarnya aku tidak kemana-mana.. aku masih di sini.. Cuma sejak akhir-akhir ini aku agak sibuk sedikit dengan tugas seharian..
Dalam aku sibuk-sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. Pada waktu ini setahun yg lalu apa agaknya yg aku buat.. waktu ini setahun yg lalu apa yg aku makan.. di mana aku makan.. apa yg aku sembangkan dengan kawan-kawan.. di mana aku shoping.. apa yg sedang aku fikirkan.. Kadang-kadang aku merasa pelik.. setiap hari aku makan.. setiap hati aku bercakap, berjalan, shoping.. tapi aku tidak dapat nak mengingati apa yg aku lakukan setahun yg lalu.. cuma yg pasti, waktu begini setahun yg lalu, aku masih di fstep.. kalau la aku masih di fstep masa itu.. dan kalau lah aku masih tak keluar dari fstep apa agaknya yg terjadi pada aku ye.. mungkin aku tidak berpeluang ke Peru.. mungkin aku tidak berpeluang menaiki "Business Class" dengan penerbangan MAS.. dan yg pasti blog ini bukanlah "Kembara Duniaku".. hehe..
Bila difikirkan semula dah macam cerita novel pula kan.. dulu cita-cita aku nak jadi novelis.. sebab masa tue aku gila baca novel.. agaknya kalau aku masih dengan cita-cita tue adakah aku akan menjadi seperti Norhayati Berahim.. atau mungkin seperti Aisya Sofea.. atau mungkin seperti Syarifah Abu Salem.. mungkin kah?
Pernah juga dulu aku bercita-cita menjadi pegawai tentera.. kalau lah aku nekad dgn kerjaya itu, mungkin skrg aku berada di Kem.. mungkin sekarang aku dah merantau entah ke mana.. sudah tentu juga aku tamat dengan diploma sahaja.. dan yg pasti tentu aku ramping sebab hari-hari kawad..
Tapi itu semua 1 tahun yg lalu.. mungkin juga 5,6 tahun yg lalu.. aku pun dah tak ingat dah.. cuma yg buat aku teringat bila tiba-tiba aku terbaca sesuatu tentang pegawai tentera.. hm.. apa pun aku masih menyimpan keinginan menjadi pegawai tentera.. tapi memandangkan aku kini ada kerjaya sendiri yg aku rasakan stabil dan selesa, maka cita-cita ini hanyalah sebuah impian..
Hm.. apa agaknya aku mimpikan tahun lepas ye..

Sunday, April 5, 2009

Hobi: mengisi masa lapang @ bermusim?

Hai Semua...

Bila bercakap tentang "hobi" ni aku teringat masa zaman kanak-kanak aku dulu. Masa dulu hobi yg famous sekali sudah tentulah mengumpul setem. Rata-ratanya semua akan kata mengumpul setem. Tak taulah sebab memang mereka suka kumpul setem ini atau inilah jawapan selamat bila ditanya. Yang pasti seluruh adik beradik aku semua dulu ada album setem. Aku teringat aku pernah ambil ntah siapa punya setem dari sebuah album, konon-konon nak lengkapkan koleksi aku. hehe. Ada juga seorang kakak aku ni (nama dirahsiakan) pernah suruh aku tonyoh krim nivea pada setem tue sebab nak dia hntar surat pakai setem tue. Aku yg tak tau apa-apa masa tue pun turutkan je lah.

Lepas tu, aku suka menggubah. Gubah hantaran la, buat kotak la, tampal bunga la. macam2 la. Tapi yg paling aku suka, menggubah hantaran. Sebab aku suka pasang renda2 tue. Teringat masa kenduri nazaha dan abg nuar.. aku dengan mak la yg paling sibuk membuat hntaran nie. Cross Stitch pun aku suka juga. yang ni aku siap redah kedai cina kat selayang tue ngan Warta semata-mata nak beli benang dan kain bagi memenuhi hajat dan impian hobi aku nih. Buku pun aku beli bagi memanapkan ilmu cross stitch aku nih. Memang lah aku begitu bersemangat kala itu.
Tapi sejak balik dari Peru ni, aku dah ada hobi yg lain pula. Aku rasa hobi nie lah yg paling aku suka sekali sekarang ni. Hm.. sekarang aku suka menyimpan foreign coins dan notes. Hobi ni aku mula terfikir masa aku jalan pulang ke Malaysia. Masa tu, aku ada lebihan soles (matawang Peru) dan aku tak tahu mcm mana nak habiskan sebab soles ni bila sampai Malaysia dah tak laku dah. Nak ke Peru semula ntah aku dah pencen agaknya nanti pun belum tentu lagi. Jadi, aku ambil keputusan untuk jadikan ia sebagai hobi. Dan masa transit 4jam di London hari tue, aku ambil kesempatan untuk membeli tabung berbentuk Public Phone berwarna merah (yg sgt terkenal dgn identiti UK) utk dijadikan sebagai tempat aku menyimpan coins dan notes ini. Dan kini aku sudah ada koleksi matawang Bolivares, Dollar, Pound dan Soles. Semua ini adalah kenangan dan bukti bahawa aku telah sampai ke sana.
Selain matawang-matawang ini, aku juga turut mengumpul koleksi mug dan magnetic fridge yg aku beli di Amsterdam, Caracas, Lima dan London. Mungkin bagi sesetengah orang, membeli barang-barang begini agak membazir spt kata seorang rakan aku. Tetapi, menurut bos aku, biarlah kita melabur sedikit utk barang-barang sebegini sebab belum tentu kita berpeluang untuk kembali ke tempat ini lagi.. Yes, bila aku fikirkan Peru dan Venezuela, suatu negara yg jauh dan mugkin susah untuk dtg ke sana lagi, jadi aku membuat keputusan utk jadikan sebagai hobi.
Bukanlah niat aku untuk menunjuk tetapi sekadar kepuasan kpd diri aku sendiri. Kata org, hobi aku sgt mahal. Betul..! dan aku bayar harga yg mahal ini utk diriku sendiri.


Saturday, April 4, 2009

Kembara ke Peru

Memandangkan aku telah pun merasmikan Laman Blog ini dengan jayanya, apa kata kalau aku mulakan "Kembara Duniaku" dengan Kembara ke Peru..

Pada tahun Nov 2008, aku telah diberi peluang untuk menyertai delegasi Malaysia ke APEC di Lima Peru. Hm.. tentu semua nak tau apa itu APEC. APEC ini merupakan sebuah persidangan antarabangsa mengenai kerjasama ekonomi yg melibatkan negara-negara di Asia Pasifik. Dan tahun 2008, aku berpeluang untuk menyertainya. Peluang ke sana adalah peluang yg sgt berharga kerana berpeluang melihat sendiri bagaimana sesuatu persidangan antarabangsa itu berlangsung.

Peru merupakan sebuah negara di Benua Amerika Latin dan antara negara yg berada di penghujung dunia. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 25 jam menaiki flight. rata-rata mereka berkomunikasi dalam bahasa Spanish dan tidak tahu berbahasa Inggeris. Menurut kenalan aku di Peru, Ursula Mariluz, hanya mereka yg berpendidikan tinggi sahaja yg pandai berbahasa Inggeris. Bayangkan betapa sukarnya kami untuk berinteraksi dengan mereka di sana kerana mereka hanya bercakap Spanish, walaupun Pegawai Kastam di airport sekalipun.

Pengalaman di sana sangat memenatkan. Ini kerana, aku terpaksa berkejar kesana sini untuk menguruskan urusan logistik dan substantif untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Bagaimanapun, kesibukan tidak menghalang aku untuk merakamkan saat-saat indah di Peru. Aku sempat curi-curi lari tepi laut tue untuk ambil gambar.

Kata orang, "Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri", sekarang aku faham apa maksudnya. 2 minggu di Peru cukup menguji aku dari segi makanan. Mana tidaknya, duduk kat sana jgn la nak mimpi dpt mkn ayam atau daging. Makanan kat sini kebanyakan tak halal. Jadi Embassy terpaksa lah masakkan makanan utk kami. Bayangkan 2 minggu hanya mkn nasi dan sayur je. Tapi takde la juga aku kurus-kurus. Macam tue je jugak. hehe. Lihatlah makanan yg terpaksa aku telan selama 2 minggu.







Pengalaman yg paling manis ialah saat mengenali Ursula. Dia sgt baik dan peramah. Dia byk bercerita ttg keinginannya utk dtg ke Malaysia. Malah dalam e-mail dia juga, dia masih bercerita ttg keinginannya itu. Dan satu-satunya dia tertarik masa aku di sana ialah "tudung" dan "brooch". Dia sgt suka melihat aku memakai tudung dan brooch yg mcm2 kaler tue. Tapi disebabkan aku cuma bawa tudung-tudung lama, jadi tak dpt la aku nak hadiahkan padanya.


Masuk hari ke 10 aku dah tak sabar untuk pulang ke Malaysia. Satu-satunya yg ada dalam kepala aku ialah untuk balik KL dan makan KFC puas2.. hehe.. apa pun, jauh perjalanan luas pengalaman. Semoga aku berpeluang lagi untuk mengembara dan mengelilingi dunia.

Kembaraku disini...

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti akhirnya terbitlah Laman Blog "Kembara Duniaku" ini. Laman Blog ini diilhamkan hasil permintaan ramai yang sudah lama mahu Laman Blog "Kembara Duniaku" ini diterbitkan. Dan hari ini, rasminya kelahiran Laman Blog "Kembara Duniaku" ini untuk semua.

Semoga Laman Blog "Kembara Duniaku" ini dapat mempertemukan kita semua sambil bertukar-tukar idea, pendapat dan pengetahuan sesama kita.


Salam pertemuan dari saya..



"Kisah Kembara Bermula.."