Monday, April 20, 2009

Bersolek??

Hari Sabtu yg lalu aku bersama rakanku, fizah telah menyertai kursus solekan dan andaman di Cheras. Sebenarnya aku bukanlah seorang yg pandai bersolek apatah lagi nak menjadi juru andam. Terus terang, hal-hal menyolek ni aku ala kadar je.. aku cuma tahu membeli alat-alat solek je.. tue pun kadang-kadang tak kena langsung dgn muka aku.. hehe
Teringat masa zaman student dulu aku selalu menguruskan bengkel dan seminar di UiTM.. Dan salah satu bengkel yg aku uruskan ialah bengkel penampilan diri.. Penceramahnya seorang lecturer lelaki dari Shah Alam.. Lupa pula apa nama dia.. tapi masa mula dia dtg, mak aii 1 botol perfume aku rasa dia tonggang.. wangi giler.. dan salah satu yg buat aku teringat kata-kata dia ialah "Biarlah lipstik cap ayam sekalipun yg penting tolong la pakai lipstik" tergelak aku bila teringat balik kata-kata dia tue.. Tapi nasib baik la aku tak seteruk mcm tue.. kurang-kurang aku pakai maybelline.. hehe.. Di pejabat pula kadang-kadang aku agak malas nak bersolek.. maklumlah takde meeting, jadi aku pun ala kadar je la.. sampaikan ada staf yg tegur "Cik hari ini tak make-up ke?" aku jadi malu pula.. dalam hati aku kata teruk sgt ke muka aku nie bila tak make-up? tapi bila aku tgk balik dlm cermin, haah la.. Ada juga sekali sekala dlm meeting jabatan, big bos aku menyaran supaya semua pegawai ni berpenampilan.. hai.. nmpknya org di sekeliling nie sentiasa memerhati penampilan kita..
Berbalik kepada bengkel solekan yg aku sertai sabtu lalu, aku rasa ini mgkin pilihan yg tepat sebab aku belajar bagaimana utk bersolek dgn sempurna.. sebenarnya aku dan fizah nie saja-saja je dtg bengkel nie.. tapi lepas bersembang-sembang dgn beberapa peserta lain, aku jadi excited pula.. nak2 hasil solekan pertama aku kpd fizah telah dgn jayanya menjadikan dia cantik.. Hebat juga tangan aku nie.. hehe.. hm.. best juga kalau aku jadikan solekan nie sbg side income.. ada juga aktiviti aku di hujung minggu.. nie asyik makan n tido jer..
Jadi lepas nie kalau ada siapa-siapa yg perlukan perkhidmatan andaman boleh la menghubungi aku pula.. kalau pakai tudung dubai je tapi muka berkilat pun payah juga.. hehe..

5 comments:

  1. lebih baik pakai tudung dubai muka berkilat dari pakai tudung berkilat tapi muka berkepam. Owh cik ptd dah pandai bersolek ke? Patutla aku tengok skang ni muka cik ptd dah berwarna-warni bak pelangi senja.

    ReplyDelete
  2. hahaha... skrg baru lah cik myzira tahu kenapa cik ptd suke komen kak shima ni kelakar... saya setuju! jadi beli aje lah tudung dubai.. cantik dan anggun walaupun tanpa batu2an~

    ReplyDelete
  3. selama ni cik ptd pernah bersolek ke???

    anyway, dalam bahasa kelantan gincu @ lipstik dipanggil LECU...

    ReplyDelete
  4. Eh cik shima nie pun nak jadi spt cik permata pemuitis tersohor ke.. haha..

    myzira,
    org kalau dah cantik tak pakai tudung dubai pun dah sedia cantik.. haha

    mywanfai,
    bersolek tak semestinya luaran.. biar afdal cantik didalam.. huhu

    ReplyDelete
  5. lepas ni cik ptd semakin berseri-seri datang ofis..tak gitu..hehe..

    ReplyDelete