Saturday, April 4, 2009

Kembara ke Peru

Memandangkan aku telah pun merasmikan Laman Blog ini dengan jayanya, apa kata kalau aku mulakan "Kembara Duniaku" dengan Kembara ke Peru..

Pada tahun Nov 2008, aku telah diberi peluang untuk menyertai delegasi Malaysia ke APEC di Lima Peru. Hm.. tentu semua nak tau apa itu APEC. APEC ini merupakan sebuah persidangan antarabangsa mengenai kerjasama ekonomi yg melibatkan negara-negara di Asia Pasifik. Dan tahun 2008, aku berpeluang untuk menyertainya. Peluang ke sana adalah peluang yg sgt berharga kerana berpeluang melihat sendiri bagaimana sesuatu persidangan antarabangsa itu berlangsung.

Peru merupakan sebuah negara di Benua Amerika Latin dan antara negara yg berada di penghujung dunia. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 25 jam menaiki flight. rata-rata mereka berkomunikasi dalam bahasa Spanish dan tidak tahu berbahasa Inggeris. Menurut kenalan aku di Peru, Ursula Mariluz, hanya mereka yg berpendidikan tinggi sahaja yg pandai berbahasa Inggeris. Bayangkan betapa sukarnya kami untuk berinteraksi dengan mereka di sana kerana mereka hanya bercakap Spanish, walaupun Pegawai Kastam di airport sekalipun.

Pengalaman di sana sangat memenatkan. Ini kerana, aku terpaksa berkejar kesana sini untuk menguruskan urusan logistik dan substantif untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Bagaimanapun, kesibukan tidak menghalang aku untuk merakamkan saat-saat indah di Peru. Aku sempat curi-curi lari tepi laut tue untuk ambil gambar.

Kata orang, "Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri", sekarang aku faham apa maksudnya. 2 minggu di Peru cukup menguji aku dari segi makanan. Mana tidaknya, duduk kat sana jgn la nak mimpi dpt mkn ayam atau daging. Makanan kat sini kebanyakan tak halal. Jadi Embassy terpaksa lah masakkan makanan utk kami. Bayangkan 2 minggu hanya mkn nasi dan sayur je. Tapi takde la juga aku kurus-kurus. Macam tue je jugak. hehe. Lihatlah makanan yg terpaksa aku telan selama 2 minggu.







Pengalaman yg paling manis ialah saat mengenali Ursula. Dia sgt baik dan peramah. Dia byk bercerita ttg keinginannya utk dtg ke Malaysia. Malah dalam e-mail dia juga, dia masih bercerita ttg keinginannya itu. Dan satu-satunya dia tertarik masa aku di sana ialah "tudung" dan "brooch". Dia sgt suka melihat aku memakai tudung dan brooch yg mcm2 kaler tue. Tapi disebabkan aku cuma bawa tudung-tudung lama, jadi tak dpt la aku nak hadiahkan padanya.


Masuk hari ke 10 aku dah tak sabar untuk pulang ke Malaysia. Satu-satunya yg ada dalam kepala aku ialah untuk balik KL dan makan KFC puas2.. hehe.. apa pun, jauh perjalanan luas pengalaman. Semoga aku berpeluang lagi untuk mengembara dan mengelilingi dunia.

9 comments:

  1. Buenos tardes..
    South American (Latinos and Portuguese) memang tak berapa nak pandai cakap Bahasa Omputeh. Masa kakak kat Japan dulu, geng-geng ni memang ramai. Tapi sebab masalah komunikasi, they all hanya mix among themselves ajer. Sampai kelas Bahasa Jepun pun kena ada translator spanish.
    p.s. Patut cadangkan diorang buat PPSMI. hu hu..
    Ko makan arrosa dengan la-papas ajela? la-poyo kot2 la ada dalam rencah2 dia dia.. hu hu..

    ReplyDelete
  2. org kat sini selalu kata "poyo la ko".. padahal kalau kita translate dlm spanish, maksud dia ayam. Jadi maknanya "ayam la ko" hehehe

    ReplyDelete
  3. cik PTD, dalam bahasa Peru eagle tu apa?? cik PTD tak tanya kat Ursula Mariluz ke??

    ReplyDelete
  4. apa pun tahniah lah cik PTD sebab berjaya menjadi pegawai kjaan dan berpeluang berkunjung ke negara luar

    tq lah cik PTD sebab sempat beli kan baju untuk Arman semasa lawatan ke Peru hari tu... nanti pergi samoa dan yemen jangan lupa beli lagi yea... huhu

    ReplyDelete
  5. wah..kembara duniaku akan secara tak lansung membawa kesemua blogger teratak anisma mengembara ke dunia cik ptd...huhu..selamat datang ke dunia penulisan blog.....(^_^)

    ReplyDelete
  6. selamat datang ke dunia blog..jangan hangat2 taik ayam je..cam blog sorang blogger tu..xde tenet sampai xdapat update blog berminggu2 lamanye..lalala..nasib blog xde expiry date..huhu..
    skrg blogger anisma dah ada blog..cayalah...kecuali mak je xde..mmmm..

    ReplyDelete
  7. mywanfai,

    eagle dalam spanish maksud dia el pájaro. hehe. Baju tu la yg plg kecil skali, lmbatnya nak tgk arman pakai baju tu. huhu

    Permata Nusantara,

    Terima kasih kerana memberi penyuntik kepada blogger-blogger teratak anisma. Kalau tak, rasanya smpai hr nie pun aku dok saja mcm nie jer.. hehe

    wfakmar,

    yg tue dia memenuhi tanggungjawab kpd rakyat jadi tak sempat la nak update blog. maklum la bisness pun tgh kencang skrg.. haha

    ReplyDelete
  8. cik ptd,

    nampaknya blog cik ptd memberikan aura yang berbeza... barulah syok dapat mengembara ke seluruh dunia.. tak pasal2 blogger yang lain pun tulis pasal pengalaman ke luar negara.. dapat gak ese baca...

    p/s- hits myzira menurun dgn merudum disebabkan kemunculan blog cik ptd dan milynshoppe... ye lah..myzira hanya ulang alik sekolah je.. tak macam pegawai kerajaan yang lain... haha~

    ReplyDelete
  9. myzira,

    aura yg berbeza perlu lah ada dlm sesutu entry tue.. klu tak asyik tudung dubai sold out je.. letih den.. hehe.. anyway, sila lah kunjungi selalu ye.. sbb kembara duniaku pasti menyengat selepas ini.. huhu

    ReplyDelete