Sunday, April 5, 2009

Hobi: mengisi masa lapang @ bermusim?

Hai Semua...

Bila bercakap tentang "hobi" ni aku teringat masa zaman kanak-kanak aku dulu. Masa dulu hobi yg famous sekali sudah tentulah mengumpul setem. Rata-ratanya semua akan kata mengumpul setem. Tak taulah sebab memang mereka suka kumpul setem ini atau inilah jawapan selamat bila ditanya. Yang pasti seluruh adik beradik aku semua dulu ada album setem. Aku teringat aku pernah ambil ntah siapa punya setem dari sebuah album, konon-konon nak lengkapkan koleksi aku. hehe. Ada juga seorang kakak aku ni (nama dirahsiakan) pernah suruh aku tonyoh krim nivea pada setem tue sebab nak dia hntar surat pakai setem tue. Aku yg tak tau apa-apa masa tue pun turutkan je lah.

Lepas tu, aku suka menggubah. Gubah hantaran la, buat kotak la, tampal bunga la. macam2 la. Tapi yg paling aku suka, menggubah hantaran. Sebab aku suka pasang renda2 tue. Teringat masa kenduri nazaha dan abg nuar.. aku dengan mak la yg paling sibuk membuat hntaran nie. Cross Stitch pun aku suka juga. yang ni aku siap redah kedai cina kat selayang tue ngan Warta semata-mata nak beli benang dan kain bagi memenuhi hajat dan impian hobi aku nih. Buku pun aku beli bagi memanapkan ilmu cross stitch aku nih. Memang lah aku begitu bersemangat kala itu.
Tapi sejak balik dari Peru ni, aku dah ada hobi yg lain pula. Aku rasa hobi nie lah yg paling aku suka sekali sekarang ni. Hm.. sekarang aku suka menyimpan foreign coins dan notes. Hobi ni aku mula terfikir masa aku jalan pulang ke Malaysia. Masa tu, aku ada lebihan soles (matawang Peru) dan aku tak tahu mcm mana nak habiskan sebab soles ni bila sampai Malaysia dah tak laku dah. Nak ke Peru semula ntah aku dah pencen agaknya nanti pun belum tentu lagi. Jadi, aku ambil keputusan untuk jadikan ia sebagai hobi. Dan masa transit 4jam di London hari tue, aku ambil kesempatan untuk membeli tabung berbentuk Public Phone berwarna merah (yg sgt terkenal dgn identiti UK) utk dijadikan sebagai tempat aku menyimpan coins dan notes ini. Dan kini aku sudah ada koleksi matawang Bolivares, Dollar, Pound dan Soles. Semua ini adalah kenangan dan bukti bahawa aku telah sampai ke sana.
Selain matawang-matawang ini, aku juga turut mengumpul koleksi mug dan magnetic fridge yg aku beli di Amsterdam, Caracas, Lima dan London. Mungkin bagi sesetengah orang, membeli barang-barang begini agak membazir spt kata seorang rakan aku. Tetapi, menurut bos aku, biarlah kita melabur sedikit utk barang-barang sebegini sebab belum tentu kita berpeluang untuk kembali ke tempat ini lagi.. Yes, bila aku fikirkan Peru dan Venezuela, suatu negara yg jauh dan mugkin susah untuk dtg ke sana lagi, jadi aku membuat keputusan utk jadikan sebagai hobi.
Bukanlah niat aku untuk menunjuk tetapi sekadar kepuasan kpd diri aku sendiri. Kata org, hobi aku sgt mahal. Betul..! dan aku bayar harga yg mahal ini utk diriku sendiri.


3 comments:

  1. Cik pTd..
    Kalau nak hobi tu lagi cepat berkembang.. Pegi je money changer kat Selayang Mall..
    p/s : Sekarang orang yang nama di rahsiakan tu dah pakai email.. x pakai setem lagi... hahahaha..

    ReplyDelete
  2. laaa... ingatkan hobi cik ptd tidur dan terperap dalam bilik.

    eh cik ptd, aku ada syiling dirham dubai, tapi kalau nak kena bayar lah... ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. mywanfai,

    kalau nak kena byr baik cik ptd gi money changer terus.. huhu

    wafa,

    nasib baik skrg dah ada e-mail, kalau tak rugi la pos malaysia sebab asyik kena hntr surat dgn setem yg pudar akibat kesan tonyohan krim nivea. hehehe..

    ReplyDelete